top of page

MV Terbaru BTS "Dynamite" Memecah Rekod Tontonan 24 Jam Youtube

  • plyr2enter
  • Aug 23, 2020
  • 1 min read

ree

Kumpulan K-Pop yang tersohor, BTS sekali lagi telah muncul dengan muzik video terbaru iaitu "Dynamite" dan sekaligus telah memecahkan rekod Youtube bagi tontonan terbanyak dalam masa 24 jam selepas dilancarkan.


“Dynamite” yang menjadi antara lagu yang paling dinanti-nantikan para peminat K-Pop khususnya ARMY (nama fandom BTS) itu dikeluarkan pada jam 12 tengah hari Jumaat (21 Ogos 2020). Muzik video ini telah meraih hampir 100 juta tontonan selepas 24 jam ditayangkan dan terkini ia memcecah hampir 154 juta tontonan di seluruh dunia.


"Dynamite” merupakan lagu single bahasa Inggeris pertama bintang-bintang K-Pop tersebut.


Sememangnya tidak dapat dinafikan kehebatan gandingan ARMY dan kumpulan sensasi Korea Selatan itu sehingga mampu memecah rekod tersebut dalam jangka masa yang begitu pendek.


Tahniah diucapkan kepada BTS dan ARMY!




Comments


Post: Blog2_Post

©2020 by Player2Enter. Proudly created with Wix.com

bottom of page