top of page

Bagaimana 7 Ahli BTS Ditemui?

  • plyr2enter
  • Aug 24, 2020
  • 3 min read

ree

Anda semua pasti kenal dengan BTS kan? Jika anda tak kenal BTS, mungkin anda seorang bocah, takpun anda seorang boomer. BTS merupakan sebuah boyband yang berasal dari Korea Selatan. BTS amat digilai oleh ramai orang terutama gadis-gadis remaja yang baru nak up. Mereka menggelar diri mereka sebagai Army.


Berikut merupakan kisah bagaimana 7 members BTS ni ditemui dan akhirnya membentuk boyband ini:


RM


ree

Kim Nanjoon ataupun RM memulakan kariernya sebagai rapper sejak zaman sekolah lagi. RM menggunakan alias “Runch Randa” dan seringkali aktif di underground scene. Dia turut menyertai sebuah krew rap underground yang dinamakan “Deanamhyup” dan telah menerbitkan beberapa buah lagu.


Nak dijadikan cerita, suatu hari RM telah pergi ke sebuah audisi rap undeground dan di sana dia terjumpa dengan Untouchable Sleepy. Untouchable Sleepy kagum dengan rap RM dan menawarkan dirinya sebagai kabel. Berbekalkan kabel, RM akhirnya diperkenalkan kepada produser Big Hit Entertainment, Bang Shi Hyuk dan sekaligus menjadi ahli pertama BTS pada tahun 2010.


Suga


ree

Sebelum debutnya bersama BTS, Min Yoongi,juga dikenali sebagai Suga merupakan seorang produser dan juga rapper underground. Disebabkan ingin mengembangkan bakatnya, dia telah menyertai audisi Big Hit Entertainment bagi sebuah pertandingan rap iaitu “Hit It”. Walaupun tidak berjaya memenangi pertandingan itu, Suga telah ditawarkan kontrak dengan Big Hit Entertainment.


Suga sendiri pernah berkata bahawa dia salah faham dengan kontrak yang dimaksudkan. Dia berfikir bahawa kontrak yang ditawarkan itu sebagai produser tetapi sebaliknya ia merupakan kontrak sebagai trainee Big Hit Entertainment. Ini menjadikan Suga sebagai ahli kedua BTS.


J-Hope


ree

Sebelum debut dengan BTS, Jung Hoseok aka J-Hope, adalah seorang penari. Dia suka menari, dan pernah menyertai kru tarian yang dikenali sebagai "Neuron" di kampung halamannya di Gwangju, Korea.


Kerana minatnya terhadap tarian, J-Hope mengikuti audisi untuk JYP Entertainment. Walaupun berjaya melepasi beberapa pusingan pertama, dia akhirnya tersingkir daripada uji bakat JYP.


J-Hope memutuskan untuk mengikuti uji bakat Big Hit Entertainment. Dengan kemahiran menari, pemahaman irama, dan potensi rap, J-Hope diterima masuk ke dalam syarikat tersebut. Dia berpindah ke Seoul, dan menjadi pelatih sepenuh masa.Walaupun bertahun-tahun menjalani latihan, J-Hope tetap hampir tersisih daripada barisan BTS sehinggalah RM sendiri yang meyakinkan Big Hit (dan juga J-Hope sendiri) bahawa BTS memerlukan J-Hope.


Jin


ree

Anggota ke-4 untuk menyertai BTS, Kim Seokjin aka Jin, mempunyai pengalaman yang berbeza daripada ahli yang lain. Berasal dari Anyang, Korea, Jin pada asalnya ditemui di jalanan oleh SM Entertainment tetapi tidak berminat dengan syarikat tersebut kerana dia menyangkakan bahawa syarikat tersebut ialah sebuah scam.


Tidak lama selepas itu,sekali lagi Jin telah direkrut semasa dia bergelar pelajar kolej. Seorang wakil dari Big Hit Entertainment melihat Jin ketika keluar dari sebuah bas, dan berjaya meyakinkan Jin untuk mengikuti audisi untuk Big Hit Entertainment.


Jin tidak mempunyai pengalaman menyanyi atau menari sebelum ini kerana dia seorang pelajar jurusan lakonan. Asalnya Jin mengikuti uji bakat untuk menjadi pelakon. Big Hit Entertainment mempunyai rancangan lain, dan akhirnya dia menjadi pelatih untuk BTS.


Jung Kook


ree

Sebelum debut BTS, Jun Jungkook telah mengikuti uji bakat untuk Superstar K musim ke-3 di Busan, Korea. Walaupun dia tersingkir daripada uji bakat tersebut, banyak agensi yang berminat dengan Jung Kook.


Jungkook direkrut oleh 7 agensi hiburan yang berbeza. Beberapa agensi ini termasuklah JYP Entertainment, FNC Entertainment, dan Starship Entertainment. Jung kook akhirnya memutuskan untuk bersama dengan Big Hit Entertainment.


Dia memilih Big Hit (yang merupakan syarikat kecil pada masa itu) berbanding syarikat besar yang lain adalah kerana dia begitu kagum dengan RM dan kemahiran rapnya. Dia mahu berada di syarikat yang sama dengan RM, dan berlatih dengannya.


V


ree

Kim Tae Hyung aka V telah menyatakan dalam beberapa wawancara bahawa dia dibesarkandalam kemiskinan. Dia dibesarkan oleh keluarga petani di Daegu, dan impian masa kecilnya adalah dalam bidang muzik.


Suatu hari, dia mengikuti rakannya ke ujibakat Big Hit Entertainment. Dia hanya datang ke audisi untuk menyokong rakannya, tetapi seseorang dari pasukan BHE melihat V dan mendesaknya untuk mengikuti audisi. Oleh itu, dia menelefon ayahnya, mendapat izin, dan mengikuti uji bakat di tempat. Dia adalah satu-satunya orang yang lulus uji bakat di Daegu pada hari itu.


Jimin


ree

Ahli terakhir untuk menyertai BTS, Park Jimin berasal dari Busan, Korea. Jimin mempunyai bakat semula jadi dalam tarian. Sebagai pelajar tarian, salah seorang guru tariannya mendesak Jimin untuk mengikuti audisi untuk Big Hit Entertainment.


Setelah didorong oleh gurunya, dia pergi dan mengikuti uji bakat. Dia lulus uji bakat di Busan, dan pindah ke Seoul untuk menjadi pelatih. Walaupun tempoh latihannya paling singkat, Jimin menjadi ahli terakhir BTS kerana kemahiran semula jadi.



Comments


Post: Blog2_Post

©2020 by Player2Enter. Proudly created with Wix.com

bottom of page